BAB 4 : PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PMPSH)
DEFINISI & KONSEP PENGURUSAN MAKLUMAT
• Maklumat : Data, bahan dan pengetahuan
yang tersusun dalam struktur yang
mempunyai makna.
• Pengurusan Maklumat : Ilmu berkenaan
kemahiran untuk menerima, mengesan,
mengenalpasti, mendapat semula, menilai,
memurni, menyusun, dan menggunakannya
pada masa yang perlu dan mengambil
manfaat untuk diri dan orang lain.
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
Definisi: Pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri. PSH adalah integrasi pembelajaran formal dan tidak formal untuk
membangunkan kebolehan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan.
Pembelajaran ialah satu proses kehidupan yang berlaku sepanjang masa dan di mana sahaja.
KEPENTINGAN PSH
• Menambahbaik kebolehan dalam kerjaya.
• Meningkatkan kualiti dalam konteks pengetahuan, aptitud, kemampuan
kritis dan kemampuan untuk bertindak.
• Membantu membangunkan kesedaran tentang diri dan persekitaran.
• Menggalakkan penglibatan sosial di tempat kerja dan dalam komuniti.

No comments:
Post a Comment